Sambutan Hari Guru di SMK Ayer Baloi.[+]Sajak bertajuk "Aku Tak Tau" yang disampaikan oleh GPK Hem, En. Hamid Selamat telah berjaya mempersona dan menambat hati semua yang hadir. Buat julung kalinya, Anugerah Tokoh Guru Berjasa telah dianugerahkan kepada Tn. Hj. Mohd Zini Bin Abd. Fatah, Pengetua SMK Ayer Baloi yang telah berkhidmat sejak tahun 2000. Tahniah dan syabas diucapkan daripada semua warga SMK Ayer Baloi.Sambutan Hari Guru SMK Ayer Baloi 2008 telah disambut meriah. Majlis dimulai dengan perarakan guru-guru ke dataran perhimpunan. Sempena sambutan ini majlis bacaan yaasin dan solat hajat telah diadakan. Perutusan-perutusan sempena Hari Guru telah disampaikan dan dihayati sepenuhnya oleh semua warga SMK Ayer Baloi.

