Tanyalah pada setiap pelajar, saya pasti jawapannya tidak kerana menjelang peperiksaan dianggap saat menyeksakan bukan saja terpaksa mengulang kaji pelajaran tapi perlu memastikan kejayaan dalam genggaman.
suka menghadapi peperiksan ?
Malangnya, setiap pelajar di negara ini tidak boleh mengelak daripada menghadapinya. Ia bukan saja sebagai medan ujian untuk menentukan pencapaian seseorang tapi penentu sama ada berjaya atau tidak meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
Kenapa mesti menghadapi peperiksaan? Tidak bolehkah pencapaian pembelajaran seseorang hanya dinilai ketika di sekolah?
Sistem peperiksaan walaupun tidak disukai, sebenarnya satu mekanisme terpenting untuk menjana kecemerlangan pelajar dalam akademik.
Melaluinya, penilaian boleh dinilai sama ada pelajar itu berjaya mengikuti sesi pembelajaran di sekolah atau tidak, melihat keupayaan dalam menerima arahan dan sebagainya.
Kerana itu, peperiksaan diiktiraf sebagai elemen terpenting dalam industri pendidikan negara walaupun tidak dinafikan di sesetengah negara, peperiksaan terutama bertulis tidak terlalu dititik beratkan.
Peperiksaan juga antara platform terbaik menentukan pencapaian dan pemahaman pelajar. Melalui peperiksaan, prestasi setiap daripada mereka dinilai seterusnya menentukan kedudukan dalam darjah mahupun melanjutkan pengajian.
Jika kurang memuaskan, pelajar boleh menjadikan keputusan peperiksaan sebagai rujukan supaya lebih berusaha sekali gus menyediakan garis panduan untuk menjadi cemerlang.
Pada masa sama, peperiksaan mendorong pelajar supaya lebih rajin mentelaah dan menjana kemampuan berfikir, menghafal, menulis dan memahami.
Untuk tujuan itu, setiap guru bertanggungjawab dalam memastikan setiap pencapaian pelajar. Kalau mereka lemah, perlu tahu apa sebabnya dan jika cemerlang, patut menggunakan pendekatan itu untuk pelajar lain.
Jika pelajar bermasalah, perlu tahu bagaimana mahu mengatasinya sejak awal bagi memastikan apabila menjelang peperiksaan, mereka sekurang-kurangnya mampu lulus melepasi tahap ditentukan walaupun bukan cemerlang.
Sistem yang dilaksanakan kini menuju ke arah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Melalui sistem ini pelajar ditaksir sendiri guru sekali gus mampu menilai setakat mana kemampuan mereka.
Ia juga dapat memberitahu guru mengenai kumpulan pelajar sasaran yang perlu diperbaiki seterusnya membantu meningkatkan pencapaian mereka.
Perhubungan dua hala mampu diwujudkan dan sistem pembelajaran boleh dijalankan dengan lancar kerana ada interaksi antara guru dan pelajar. Sekiranya bermasalah, boleh diperbaiki kerana pada masa sama pelajar memperoleh sokongan moral daripada guru.
Dunia peperiksaan sebenarnya merangkumi disiplin penting yang harus diberi perhatian khusus bukan saja oleh pelajar tapi juga guru. Ia mengajar seseorang supaya mementingkan tahap kebajikan, kesihatan, kecacatan, latar belakang keluarga hingga persekitaran. Semua perlu diambil perhatian sebelum menduduki peperiksaan.
Justeru, pelajar tidak harus gentar dengan peperiksaan. Ia satu wadah menjadikan seseorang lebih bijak dan bertanggungjawab dengan diri sendiri.
Peperiksaan adalah tahap meningkatkan keupayaan diri untuk berjaya sekali gus memberi kesan kepada sosio ekonomi dan kebanggaan negara.
Ia juga membalas jasa ibu bapa dan guru jika berjaya dengan cemerlang.
Ke Garisan! Sedia? Mula?
Tips Pelajar Hebat
1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)
2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)
20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula
Kisah lucu 2
Kalau Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal
Kalau Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....![+]
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..
Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah
pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
lagi banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3 : A'kum Boss!
Boss : Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer
pulang awal?
Boss :Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..
Pekerja 4 : A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker? Ha! Kalau gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu menunggu.
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee
Renungan!!
Renungan untuk sahabat.. [+] LUASNYA NERAKA Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah.... 3. Para Alim Ulama
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh Nabi S.A.W.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka Nabi S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi S.A.W. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar Nabi S.A.W bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian Nabi S.A.W. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi. S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi orang Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah SAW : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah SAW 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
WASSALAM!!!
Hikmah Wudhu'
Apakah hikmah disebalik perbuatan berwudhu' atau mengambil air sembahyang[+] 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
WUDHU'
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang
kita perolehi dalam menghayati Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Hari Guru SMKAB
Sambutan Hari Guru di SMK Ayer Baloi.[+]Sambutan Hari Guru SMK Ayer Baloi 2008 telah disambut meriah. Majlis dimulai dengan perarakan guru-guru ke dataran perhimpunan. Sempena sambutan ini majlis bacaan yaasin dan solat hajat telah diadakan. Perutusan-perutusan sempena Hari Guru telah disampaikan dan dihayati sepenuhnya oleh semua warga SMK Ayer Baloi.
Kisah Lucu
Gambar Disebelah hanyalan hiasan sahaja.
Kisah Tiga Orang Remaja...[+]
Di sebuah kampung ada tiga org remaja yang suka lepak, iaitu Aki,Budin dan Ciko. Aktiviti seharian mereka ini
menyebabkan tok imam tidak senang duduk. Pada suatu hari Tok Imam datang dengan niat nak tarbiyah mereka .
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam mencabar tiga orang remaja itu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Akipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami
buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang Tok sangka" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah tiga orang remaja itu ke surau.
Tok imam pun suruh Aki azan. Tanpa berlengah terus je Aki azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada
Aki & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Aki.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun
tak khusyuk jugak lagi..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. jemaah yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan
bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku sembahyang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
Keluarga Bahagia
IBU SAYA [+]
Beliau mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Sanggup berkorban apa saja demi kejayaan anak- anak dan keluarga.Saat dalam serba kesusahan ketika anak masih kecil, sanggup mengayuh basikal, mengendong, membawa anak bersama semasa bekerja- menoreh getah. Mendahulukan anak-anak dari segi makan dan minum. Beliau pastikan anak-anak makan walaupun beliau tidak makan (tidak cukup).Beliau sanggup bergolok bergadai untuk membesarkan dan mempastikan anak-anak mendapat pendidikan.Beliau mempunyai semangat yang tinggi dan berusaha untuk mengubah hidup yang susah.Beliau mempunyai matlamat (niat) dalam diri untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan kerana dengan mempunyai ilmu pengetahuan anak-anak diharap tidak hidup susah seperti beliau dan suami alami.


