My Stories...


SELAMAT DATANG KE WEBSITE INI  

Kisah Lucu


Gambar Disebelah hanyalan hiasan sahaja.
Kisah Tiga Orang Remaja...[+]

Di sebuah kampung ada tiga org remaja yang suka lepak, iaitu Aki,Budin dan Ciko. Aktiviti seharian mereka ini
menyebabkan tok imam tidak senang duduk. Pada suatu hari Tok Imam datang dengan niat nak tarbiyah mereka .

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam mencabar tiga orang remaja itu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Akipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami
buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang Tok sangka" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah tiga orang remaja itu ke surau.

Tok imam pun suruh Aki azan. Tanpa berlengah terus je Aki azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada
Aki & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Aki.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun
tak khusyuk jugak lagi..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. jemaah yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan
bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku sembahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

 
Background by PowerDirectory